fbpx
Anggota LUAS mengambil sampel pencemaran dari kilang kitar semula di kawasan perindustrian Mahkota Beranang.

Kilang kitar semula cemar Sungai Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kilang kitar semula di kawasan perindustrian Mahkota Beranang dekat sini dikenal pasti sebagai punca pencemaran bau Sungai Semenyih, kelmarin.

Pencemaran itu dikesan pukul 10.30 malam menyebabkan bau abnormal sehingga dua ton, sekaligus berisiko menjejaskan operasi dua buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, siasatan awal pagi semalam oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mendapati terdapat pelepasan berwarna dari premis terbabit.

Katanya, ia disyaki dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan dan seterusnya masuk ke dalam Sungai Kabul.

“Siasatan lanjut turut mendapati premis berkenaan mempunyai Lesen Air Kembalian di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 Zero Discharge Policy (ZDP) namun tidak syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu LUAS telah mengeluarkan arahan serta-merta supaya premis berkenaan menghentikan pelepasan bahan pencemar dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta kawalan di lokasi terlibat.

Menurutnya, sebanyak 100 kilogram activated carbon (AC) turut ditempatkan di Sungai Kabul bagi tujuan nyahbau sebagai langkah pemulihan awal pencemaran.

Dalam masa sama, LUAS turut mempertingkatkan pemantauan bau secara intensif di Sungai Kabul dan Sungai Semenyih bagi memastikan keadaan terkawal.

“Bagi tujuan mitigasi, pengepaman air dari Kolam B dan C di bawah Projek Skim Jaminan Air Selangor (SJAM) telah diaktifkan bagi menyalurkan sehingga 770 juta liter sehari (JLH) ke LRA Sungai Semenyih bagi menjamin bekalan air mentah tidak terjejas,” katanya.

Jamaliah berkata, pensampelan telah dilakukan di lokasi terlibat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut.

Beliau menambah, hasil pemantauan sehingga pukul 8 malam tadi mendapati tiada lagi bau abnormal dikesan, dengan keadaan Sungai Semenyih dan Sungai Kabul kembali normal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air dan Seksyen 59 kerana tidak mematuhi syarat lesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN