fbpx
KEJADIAN kemalangan di Jalan Ujong Pasir, Melaka awal pagi tadi yang mengorbankan seorang ibu muda berusia 21 tahun.

Ibu muda maut dirempuh pemandu disyaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang ibu muda berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk di Jalan Ujong Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, mangsa, Nur Aleya Natasha Roslan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan kaki. Difahamkam, mangsa mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu kereta bebas dadah dan sampel darah turut diambil untuk dianalisis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kedua-dua kenderaan tersebut ditahan untuk pemeriksaan. Usaha mengesan saksi dan rakaman televisyen litar tertutup sedang dijalankan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN