fbpx
Keadaan SUV jenis Perodua Kembara dan Honda City Hatchback yang terlibat nahas di Simpang Tiga Manik Urai Lama, Kuala Krai hari ini. IHSAN BOMBA

Dua maut nahas dua kenderaan di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di kawasan berhampiran Simpang Tiga Manik Urai Lama di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 9.12 pagi itu membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara dan kereta Honda City Hatchback.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Kembara dan penumpang Honda City dengan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Katanya, pemandu Honda City dan penumpang Perodua Kembara turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai yang tiba di lokasi mengeluarkan mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN