fbpx
GAMBAR fail 31 Mei 2024 menunjukkan kereta kebal AS menyertai latihan tentera Singa Afrika di rantau Tan-Tan, barat daya Maghribi. - AFP

2 askar Amerika hilang di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Dua anggota tentera Amerika Syarikat(AS) yang hilang ketika dalam  latihan di selatan Maghribi kali terakhir dilihat berhampiran sebuah tebing  dan mungkin  terjatuh ke dalam laut, seorang pegawai pertahanan AS memberitahu AFP.

Pencarian besar-besaran di darat, udara dan laut dilancarkan oleh tentera AS, Maghribi dan sekutunya di Kawasan Latihan Cap Draa selepas askat tersebut hilang lewat kelmarin, kata kedua-dua belah pihak.

Pencarian masih diteruskan sejurus sebelum pukul 10 pagi (waktu Malaysia) semalam,  kata pegawai AS itu kepada AFP.

“Saya boleh mengesahkan insiden ini tiada kaitan dengan pengganas tetapi nampaknya satu kemalangan. 

“Laporan awal menunjukkan kedua-dua askar  mungkin  terjatuh ke dalam laut,” katanya.

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan, pegawai tentera percaya dua askar hilang itu pergi mendaki selepas latihan tamat. AFP belum dapat mengesahkan maklumat tersebut.

Tentera Maghribi mengesahkan turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Pegawai pertahanan AS berkata,  beberapa helikopter, kapal, dron, pendaki gunung dan penyelam terlibat dalam pencarian sama.

Tentera AS sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama tahunan dikenali sebagai Singa Afrika. Ia  menghimpunkan tentera AS, sekutu Afrika dan tentera NATO  untuk latihan di utara dan barat Afrika.

Eksesais disertai lebih 10,000 askar  dari  lebih 20 negara itu dihoskan oleh Maghribi, Ghana, Senegal serta  Tunisia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN