fbpx
JECK SENG ( kiri ) menyantuni mangsa-mangsa ribut di PPS SK Melayu Raya,di Kampung Melayu Raya, Pontian, malam semalam. Foto ihsan FB Wee Jeck Seng.

23 keluarga berteduh di PPS, rumah rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya bagi menempatkan mangsa ribut di Kampung Melayu Raya, di sini, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan, PPS berkenaan mula beroperasi pada pukul 6 petang dengan menempatkan 23 keluarga membabitkan 77 mangsa.

Menurut kenyataan itu, kejadian ribut berkenaan menyebabkan 23 rumah sewa, lima rumah persendirian serta sebuah pusat tahfiz mengalami kerosakan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut di Jalan Rezab 1, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng bersama Tan Eng Meng turut turun padang menyantuni mangsa di PPS selain menyampaikan sumbangan wang tunai.

Sebanyak tujuh kelas digunakan untuk menempatkan mangsa, namun sesi persekolahan di SK Melayu Raya tetap berjalan seperti biasa dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik khas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN