fbpx

Jun Hao anggap Piala Thomas detik hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menyifatkan kempen Piala Thomas 2026 sebagai pengalaman paling sukar dalam kariernya selepas gagal menyerlah di pentas berprestij itu.

Aksi hambar yang dipamerkan menyaksikan Jun Hao mengakui prestasinya jauh daripada jangkaan apabila gagal menyumbang sebarang kemenangan buat skuad negara, sekali gus mengundang kekecewaan besar terhadap dirinya sendiri.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu tidak mahu terus dibelenggu episod pahit tersebut dan bertekad untuk bangkit lebih kuat dalam kejohanan akan datang.

“Secara peribadi saya rasa kali ini punya performance memang tidak berapa cukup. Maybe ada sedikit kuranglah kali ini.

“Bagaimanapun kejohanan masih berterusan, so sekarang hanya nak pulih prestasi dalam masa yang secepat mungkin. So saya akan nilai semula prestasi saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Kegagalan itu menjadi isyarat jelas buat Jun Hao untuk segera memperbaiki kelemahan, khususnya dari aspek konsistensi dan ketahanan mental ketika beraksi di pentas besar.

Dalam perkembangan sama, pemain beregu lelaki negara, Tee Kai Wun menganggap kempen kali ini tetap memberi nilai positif buat dirinya meskipun Malaysia gagal melangkah lebih jauh.

Menurutnya, peluang beraksi bersama beberapa pasangan berbeza menjadi pengalaman berguna untuk meningkatkan persefahaman dan kematangan di gelanggang.

“Perkara baik untuk diri sendiri adalah dapat main dengan banyak pasangan. Dekat situ saya boleh dapat pengalaman baru dengan gandingan yang berbeza,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menamatkan cabaran di peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada China dalam aksi yang berlangsung penuh tekanan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN