fbpx
GANDINGAN Aaron-Wooi Yik diharap dapat menyumbang satu mata buat pasukan negara, namun turut tewas kepada Wei Keng-Wang Chang. - SHIDDIEQIIN ZON

Piala Thomas: China sekat hajat Malaysia ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki negara terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan pada saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark apabila terkandas di pusingan suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Forum Horsens sebentar tadi, Malaysia tidak dapat menyaingi kehebatan juara bertahan, China apabila tewas menerusi keputusan 0-3.

Pasukan Tembok Besar memastikan mata pertama buat mereka menerusi perseorangan pertama, Shi Yu Qi yang dipaksa bermain selama 67 minit untuk menewaskan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9.

Kemudian, harapan Malaysia untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tidak kesampaian apabila tewas 22-24, 14-21 kepada gandingan Liang Wei Keng-Wang Chang.

JUN HAO menunjukkan peningkatan, namun masih belum mampu mengejutkan Yu Qi.

Aaron-Wooi Yik pada awalnya memulakan perlawanan dengan cukup baik apabila mendahului set pertama, namun tidak mampu menghalang kebangkitan China untuk bangkit dan mencatat kemenangan.

Keputusan itu menyaksikan Wei Keng-Wang Chang mencatat kemenangan ke-10 ke atas pasangan negara dalam 13 perlawanan dengan aksi terakhir di Jelajah Dunia Akhir 2025 turut memihak kepada mereka.

Harapan Malaysia untuk terus menghidupkan peluang menerusi perseorangan kedua, Justin Hoh juga berkubur apabila tewas 14-21, 13-21 kepada pemenang pingat emas Sukan Asia 2022, Li Shi Feng.

Menerusi kekalahan itu, Malaysia perlu menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau kejuaraan dalam Piala Thomas selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1992 di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN