fbpx
Sheila Rusly meluahkan hasrat mahu menjadikan Fazura sebagai menantu sekiranya mempunyai anak lelaki yang masih belum berkahwin.

‘Kalau ada anak lelaki, nak saja saya jodohkan dengan Fazura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Sheila Rusly meluahkan hasrat mahu menjadikan aktres Fazura sebagai menantu sekiranya mempunyai anak lelaki yang masih belum berkahwin.

Perkara tersebut diluahkan Sheila, 54, selepas Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, memujinya sebagai mentua idaman dalam sebuah hantaran Threads.

“Kalau ada anak lelaki lagi, nak saja saya jodohkan dengan Fazura,” katanya ringkas.

Coretan tersebut mengundang ratusan komen daripada netizen yang menyambut baik hasrat Sheila meski sedar dua anak lelakinya sudah mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berseloroh meminta Sheila mengambil Que Haidar sebagai anak angkat sekali gus boleh dijodohkan dengan Fazura.

“Boleh ambil Que Haidar jadi anak angkat, bolehlah bermenantukan Fazura,” usik netizen.

Terdahulu, Fazura memuji Sheila sebagai ibu mentua yang diidam-idamkan semua wanita selepas tular melihat caranya melayan dan menjaga hubungan mesra dengan dua menantunya.

“Mentua idaman setiap wanita,” komen Fazura.

Komen yang ditinggalkan Fazura juga meraih pelbagai reaksi selain mendoakan dia dikurniakan keluarga mentua sebaik Sheila sekiranya diberikab rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN