fbpx
BEBERAPA warga India dikesan di sekitar pekan Changlun baru-baru ini.

Lepas dibongkar, mereka masuk sedikit-sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGLUN – Penduduk di Changlun dan Jitra berharap hanya pelancong berkualiti dibenarkan memasuki negara ini dan bukan mereka yang menyalahgunakan kemasukan untuk bekerja secara tidak sah.

Pengerusi Suara Orang Changlun, Mohd. Zaidi Desa berkata, pihak berkuasa perlu melakukan tapisan lebih ketat ke atas warga India dan menolak kemasukan mereka yang mencurigakan.

“Selepas isu ini menjadi perhatian, memang tiada lagi kumpulan warga India yang datang secara beramai-ramai ke stesen bas di sini.

“Namun begitu, masih ada yang datang dalam jumlah kecil iaitu dua hingga tiga orang sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, kemasukan warga asing terutama dari India dipercayai akan menjadi lebih ketat selepas ini.

“Saya difahamkan pihak berkuasa di Thailand juga membuat tapisan yang ketat ke atas pelancong warga India yang ­masuk ke negara mereka.

“Tambahan lagi pihak berkuasa kita berjaya menum­paskan sindiket penyeludupan migran dalam operasi di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam,” ujar­nya.

Sementara itu, seorang penduduk Jitra dikenali sebagai Faizura, 51, berkata, kehadiran beramai-ramai warga India di Stesen Bas Tanah Merah sebelum ini amat meragukan.

“Mereka tidak kelihatan se­perti pelancong selain ada yang mengaku masuk ke negara ini untuk bekerja,” katanya.

Kosmo! melaporkan, seorang pegawai kanan Jabatan Imigre­sen di ICQS Bukit Kayu Hitam ditahan kerana dipercayai menjadi ‘pemudah cara’ sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai ‘Toyu’.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan, lima lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan.

Siasatan awal mendapati seorang warga India yang ditahan merupakan individu disenarai hitam, manakala seorang warga Pakistan menggunakan e-visa yang dipercayai palsu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN