fbpx
SESKO berjaya mempamerkan aksi yang dianggap cukup baik ketika baru mengharungi musim pertama di Old Trafford. - AFP

EPL: United terpaksa bayar lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilapor terpaksa membayar lebih kepada RB Leipzig menerusi perjanjian pembelian penyerang, Benjamin Sesko apabila nilai perpindahannya meningkat daripada £66 juta (RM352.65 juta) kepada £69 juta (RM368.68 juta).

Berdasarkan laporan, gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut terpaksa berbuat demikian ekoran beberapa klausa yang terdapat dalam perjanjian jual beli tersebut melibatkan penampilan, jumlah gol, dan pencapaian pasukan.

Malah, jumlah tersebut dikatakan boleh meningkat sehingga £74 juta (RM395.40 juta) sekiranya semua klausa yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan mampu dicapai oleh Sesko sebelum musim ini berakhir.

Musim ini menyaksikan penggempur berusia 22 tahun itu berjaya meledak 11 gol dan satu umpanan jaringan dalam 31 penampilan sekali gus menjadi pencapaian yang mampu dibanggakan untuk musim pertamanya di Old Trafford.

Selain itu, pencapaian skuad kendalian Michael Carrick itu yang kini berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik dan semakin hampir untuk menempah slot ke Liga Juara-Juara juga menyebabkan RB Leipzig mampu menuai tambahan keuntungan.

Dalam pada itu, terdapat klausa unik turut disertakan dalam perjanjian perpindahan tersebut apabila United perlu mengadakan perlawanan persahabatan bersama Leipzig untuk sesi pramusim nanti.

Lebih mengejutkan, klausa berkenaan menyebut bahawa pendapatan yang diraih menerusi perlawanan berkenaan hasil jualan tiket, semuanya akan diberikan kepada Leipzig, manakala United juga tidak boleh menuntut apa-apa bayaran untuk aksi berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN