fbpx
Mohd. Sazili (dua dari kanan) menyampaikan Dapur Siswa Madani @ UiTM - Inisiatif Hidangan Asas Siswa Negara kepada wakil pelajar di UiTM Cawangan Machang, Machang hari ini.

Peruntukan RM8.7 juta Dapur Siswa bantu kebajikan mahasiswa UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Universiti Teknologi MARA (UiTM) meneruskan komitmen menjaga kebajikan mahasiswa apabila menguruskan peruntukan sebanyak RM8.7 juta yang disalurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi pelaksanaan Dapur Siswa Madani @ UiTM sepanjang tahun ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, Fasa 1 pecahan dana yang disalurkan oleh KPT itu bermula pada April lalu dengan sebanyak RM2.19 juta diikuti RM6.5 juta untuk Fasa 2 pada September ini.

Menurutnya, langkah proaktif itu diambil susulan ketidaktentuan geopolitik dunia dan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global sekali gus memastikan mahasiswa terutamanya daripada golongan B40 tidak terbeban dengan kos sara hidup sepanjang pengajian.

“Dapur Siswa Madani membolehkan pelajar mendapatkan bahan makanan asas seperti nasi dan memasak sendiri hidangan mereka di ruang yang disediakan.

“Kita tidak mahu ada pelajar yang terpaksa menahan lapar atau merasa terbeban ketika menuntut ilmu. Pemantauan akan dipergiat bagi memastikan inisiatif itu sampai kepada sasaran yang tepat dan berjalan lancar di seluruh cawangan UiTM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sazili memberitahu, inisiatif itu merupakan evolusi daripada Dapur Hal Ehwal Pelajar dimulakan pada 2020 sebelum diangkat menjadi agenda nasional di bawah jenama Dapur Siswa Madani yang kini diadaptasi di semua universiti awam.

Menurutnya, peruntukan besar itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember 2025 yang memperuntukkan RM15 juta bagi Bank Makanan Dapur Siswa untuk semua institusi pengajian tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN