fbpx
Fahmi.

Kerajaan tak bentang semula Belanjawan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk membentangkan semula Belanjawan 2026 di Parlimen meskipun negara kini berdepan ketidaktentuan global.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua kementerian telah menerima pemakluman daripada Kementerian Kewangan (MOF) supaya menyemak semula perbelanjaan operasi masing-masing.

“Setiap kementerian sudah menerima pemakluman daripada Kementerian Kewangan mengenai sedikit penyelarasan dari segi perbelanjaan operasi.

“Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyelaraskan aktiviti program dan pelaksanaan tertentu dalam keadaan Malaysia berdepan cabaran akibat krisis bekalan global,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Menurut beliau, panduan berkaitan perkara itu telah diberikan, manakala perincian lanjut akan disusuli menerusi perbincangan antara ketua setiausaha kementerian dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan supaya semua acara rasmi, bengkel dan aktiviti berskala besar anjuran kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) dilaksanakan secara sederhana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN