fbpx
Muhammad Firdaus (dua dari kanan) dihukum penjara 18 tahun dan dua sebatan atas kesalahan menyebabkan kematian anak angkatnya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Budak mati didera, Timbalan Pendakwa Raya menangis di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang Timbalan Pendakwa Raya wanita gagal mengawal emosi sehingga menangis sewaktu mengendalikan kes keputusan seorang kelindan lori didakwa menyebabkan kematian anak angkatnya berusia tiga tahun sembilan bulan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Nur Aisyah Mohamad yang terkesan apabila penderitaan menimpa mangsa, Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh akibat penderaan sehingga membawa kepada kematiannya mengemukakan hujahan pemberat terhadap tertuduh, Muhammad Firdaus Zamri, 30, dalam linangan air mata.

“Kanak-kanak seusia itu masih memerlukan penjaga untuk menjadi pelindung bukannya menjadi mangsa kepada perlakuan kejam,” katanya dalam hujahnya di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ia menyebabkan galeri awam yang turut dihadiri ahli keluarga tertuduh turut hiba.

Terdahulu, Muhammad Firdaus menghadapi dua pertuduhan menyebabkan kematian dan mencederakan Muhammad Adamdanial dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kelindan lori tersebut di sebuah rumah di Kampung Banggol Katong, di sini, pada pukul 6 petang, 11 April lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan terhadap Muhammad Firdaus setelah tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN