fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Pahang dan Sabah hingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan kawasan di Pahang dan Sarawak hingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Semenanjung ialah Pahang melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

MetMalaysia menambah, cuaca buruk sebelah petang turut dijangka melanda beberapa bahagian negeri Sarawak, antaranya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN