fbpx
Mohd. Khairi (tiga dari kanan) memeriksa salah satu MyKad palsu yang disyaki digunakan untuk permohonan pinjaman bank pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Serbuan dadah, bongkar aktiviti MyKad palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Serbuan dadah di sebuah rumah di Kampung Raja, Besut pada Khamis lalu membongkarkan kegiatan pemalsuan MyKad bagi permohonan pinjaman peribadi menggunakan butiran palsu melibatkan kerugian RM40,000.

Serbuan pada pukul 10.05 malam itu berjaya menahan dua lelaki berusia 35 dan 39 tahun termasuk seorang pakar teknologi maklumat (IT) yang disyaki menjadi dalang aktiviti penipuan tersebut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemui dua paket berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 7.11 gram, Mykad palsu dan peralatan dipercayai untu pemalsuan dokumen tersebut.

“Siasatan awal percaya kedua-dua suspek memanipulasi aplikasi dalam talian untuk mencuri salinan MyKad mangsa dan menghasilkan dokumen palsu.

“MyKad palsu yang dihasilkan itu menggunakan foto individu yang tidak sepadan dengan rekod rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, dokumen palsu tersebut kemudian digunakan untuk membuka akaun bank dan permohonan pinjaman peribadi secara dalam talian daripada institusi perbankan dan e-dompet.

Katanya, siasatan awal percaya kedua-dua suspek yang positif dadah itu melakukan aktiviti jenayah penipuan tersebut sejak 18 bulan lalu.

“Sepanjang tempoh itu, sekurang-kurangnya 12 permohonan pinjaman peribadi secara dalam talian menggunakan MyKad palsu diluluskan pihak bank dan pengendali e-dompet yang berjumlah RM40,000.

“Salah seorang suspek yang berusia 39 tahun merupakan lulusan IT dan pernah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN