fbpx
HAFIDZ memohon maaf secara terbuka kepada Shuhada dan berharap diberikan ruang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak mereka.

‘Saya minta maaf, anak-anak perlu figura abah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekian lama berdiam diri, pelakon Hafidz Roshdi berharap bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri memberi kerjasama untuk membolehkannya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata mereka.

Pada masa sama, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 32, memohon maaf secara terbuka kepada Shuhada selain memaklumkan sudah mendapatkan hak berjumpa anak-anaknya daripada mahkamah.

“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak.

“Anak perlu figura abah dia juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah.

“Saya minta maaf atas apa dah jadi sebelum ini baik dari segi kewangan, emosi atau lain-lain yang saya terlepas pandang,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Pelakon drama Melastik ke Hatimu itu menegaskan enggan lagi bermusuhan dan hanya mahu menuntut hak untuk melawat dua cahaya matanya, Humairah dan Umar.

“Saya tak nak bermusuh dengan awak, mahu hak lawat dan jumpa Humairah dan Umar saja.

“Saya dah minta maaf, dah lepas tanggungjawab saya, awak nak maafkan ke tak sekarang ini jangan libatkan Humairah dan Umar.

“Luka di hati awak itu Allah saja boleh rawat, saya nak jumpa Humairah dan Umar. Nak jalankan tanggungjawab sebagai abah mereka,” katanya lagi.

Hafidz turut merayu agar Shuhada tidak menyekat atau menghalang usahanya untuk menghubungi anak-anak bagi bertanya khabar serta meminta diberi akses komunikasi terkini.

“Jangan sekat atau halang, saya nak hubungi mereka tanya khabar, perkembangan mereka.

“Sila bagi nombor telefon terkini Humairah,” ujarnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 9, dan Umar, 5 tahun.

Selepas bercerai Shuhada bersama dua anaknya berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian di institusi pendidikan.

Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN