fbpx
Pasport yang mengandungi gambar Trump dikeluarkan bersempena ulang tahun ke-250 Deklarasi Kemerdekaan AS. – Jabatan Negara AS

Pasport Amerika tampil wajah Presiden Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Gambar Donald Trump akan dipaparkan dalam sesetengah pasport Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi, demikian menurut Jabatan Negara, sekali gus memecahkan satu lagi norma apabila presiden secara agresif meletakkan dirinya secara peribadi dalam institusi kerajaan.

Jabatan Negara berkata, pihaknya  akan menawarkan pasport edisi terhad sebagai menandakan ulang tahun ke-250 Deklarasi Kemerdekaan AS pada  tahun ini.

Artikel saluran berita Fox News yang disiarkan semula oleh jurucakap Jabatan Negara menunjukkan imej Trump pada pasport  edisi khas sempena Deklarasi Kemerdekaan, bersama tandatangan beliau di bahagian bawah.

“Semasa Amerika Syarikat meraikan ulang tahun ke-250 penubuhannya pada Julai 2026, Jabatan Negara bersedia mengeluarkan edisi terhad pasport AS yang direka khas untuk memperingati peristiwa bersejarah ini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott kelmarin

Seorang lagi pegawai Jabatan Negara berkata, tiada caj tambahan yang dikenakan.

Terdapat beberapa contoh di mana gambar pemimpin yang memerintah tertera dalam pasport negara berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan negara lebih memilih imej berkaitan  sejarah atau alam semula jadi.

Pasport AS semasa menggambarkan pelbagai babak sejarah negara seperti pendaratan manusia di Bulan di samping tapak bersejarah seperti Patung Liberty. 

Bulan lalu, Jabatan Perbendaharaan berkata, tandatangan Trump akan mula muncul pada mata wang dolar, kali pertama  seumpamanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN