fbpx
Amirudin.

Hina Sultan Selangor: Akaun dipadam, MCMC digesa tindakan tegas segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa bertindak tegas terhadap pemilik akaun media sosial yang memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendirian kerajaan negeri itu disampaikan beliau dalam pertemuan dengan Menteri Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil yang berlangsung petang tadi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pemunya akaun telah menaikkan posting tersebut dan kemudian memadamkan akaun tersebut di platform Facebook.

“Saya akan berhubung rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan perkembangan siasatan oleh agensi penguatkuasa.

“Sebarang bentuk kemaskini siasatan kes akan disembah maklum kepada Sultan Selangor,” katanya malam ini.

Tambah Amirudin, respon semua pihak termasuk rakyat yang mengutuk perbuatan itu adalah isyarat jelas pendirian terhadap peranan, fungsi dan penghargaan terhadap istitusi Diraja negeri ini.

“Semua pihak harus sentiasa mengingati tanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan menjauhkan diri daripada tindakan yang boleh menggugat keharmonian awam atau institusi Diraja.

“Tindakan keji itu amat ditegah di Selangor yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan seharusnya menjadi kekuatan kita bersama,” ujarnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Diraja Selangor turut membuat laporan polis yang menuntut pihak biadab itu dihadapkan ke muka pengadilan mengikut undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN