fbpx
NORANIZAH dan Syed Ali menunjukkan penyapu lidi yang dihasilkan ketika ditemui di Kampung Berata, Segamat semalam.

Hanya orang tua suka guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang wanita masih meneruskan tradisi keluarganya meraut lidi kelapa sawit untuk dijadikan penyapu sejak 20 tahun lalu meskipun permintaannya semakin suram dan hanya dibeli oleh golongan tua.

Noranizah Mohammad Sareh, 38, berkata, proses me­raut lidi dilakukan secara besar-besaran melibatkan keluarga, jiran dan saudara-mara sekitar era 90-an hingga boleh me­nyiapkan 10 ikat penyapu sehari pada harga antara RM2.30 hingga RM2.50 sebatang.

Bagaimanapun katanya, ketika ini hanya tinggal dia, ibu, Saimah Basar, 69, dan suami­nya, Syed Ali Syed Yusoff, 39, yang melakukan kerja tersebut.

“Walaupun nilai tidak tinggi, apa yang bermakna ialah kenangan sepanjang melakukan kerja tersebut.

“Penyapu lidi dihasilkan mengikut tempahan yang biasanya dibuat oleh warga emas yang lebih selesa menggunakannya kerana lebih praktikal berbanding peralatan elektrik,” katanya ketika ditemui di Kampung Berata di sini.

Menurut Noranizah, kerja meraut lidi memerlukan kesabaran dan ketelitian tinggi selain berdepan risiko kecede­raan.

Tambahnya, jari dia dan ibunya kerap luka akibat tertusuk duri pelepah sawit hingga bengkak dan pernah disengat lebah ketika mencari bahan
di kebun.

“Daun kelapa sawit pokok tua berusia lebih 20 tahun menghasilkan lidi lebih berkua­liti kerana panjang, lembut dan tahan lama berbanding po
kok muda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN