fbpx
Salehuddin dan empat Ahli Dewan DiRaja Selangor menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

‘Biadab hina Sultan Selangor, heret pelaku muka pengadilan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Ahli Dewan DiRaja Selangor menuntut pihak yang bertindak biadab menyunting gambar haiwan melibatkan Sultan Selangor dihadapkan ke muka pengadilan mengikut undang-undang.

Gesaan itu dibuat lima ahlinya iaitu Datuk Salehuddin Saidin; Tan Sri Mohd. Zawawi Salleh; Datuk Haris Kasim; Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, kira-kira pukul 3 petang ini.

Salehuddin yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, laporan mewakili institusi DiRaja itu dibuat
susulan satu hantaran jelik di media sosial Facebook (FB) oleh satu pemegang akaun.

“Hantaran itu secara terang-terangan memaparkan suntingan gambar menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan dengan isu penternakan khinzir di negeri ini.

“Perbuatan itu jahat, melampau dan tidak bertanggungjawab. Ia bukan saja mencemarkan keperibadian Sultan malah penghinaan terhadap kedaulatan istitusi DiRaja yang dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” katanya.

Menurut beliau, perbuatan tersebut jelas mengkhianati prinsip Rukun Negara selain melanggar lunas undang-undang yang berkuat kuasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN