fbpx
SEORANG remaja perempuan dan pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah rumah kampung di Lunas, Kulim tengah malam tadi.

Wanita marah anak ditahan bersama lelaki dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang wanita didakwa memarahi penguat kuasa agama yang menjalankan operasi cegah maksiat membabitkan anak perempuannya bersama seorang pemuda di sebuah rumah di Lunas, di sini tengah malam tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, wanita terbabit turut mempersoalkan identiti individu yang membuat aduan berhubung kejadian itu.

Katanya, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.50 tengah malam oleh imam Masjid Naga Lilit yang juga Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, pintu rumah dibuka oleh ibu kepada remaja perempuan berusia 17 tahun yang memaklumkan anaknya berada di ruang tamu bersama seorang rakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja perempuan itu berada di dalam bilik bersama seorang lelaki berusia 20 tahun. Kedua-duanya mengaku bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit berasal dari Pulau Pinang dan baru kehilangan pekerjaan sebelum bekerja secara sementara di sebuah bengkel motosikal.

Jelasnya, ibu remaja perempuan berkenaan mengakui mengetahui kehadiran lelaki itu di dalam bilik anaknya, namun tidak menghalang perbuatan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN