KUALA TERENGGANU – Kegilaan kanak-kanak dan remaja membeli serta mengumpul ‘blind box’ atau kotak misteri menyebabkan segelintir ibu bapa pening kepala kerana ia bukan sahaja membazir, malah menyebabkan poket mereka ‘bocor’. Terdapat golongan itu yang sanggup membelanjakan wang setiap bulan untuk membeli ‘blind box’ mengandungi figura animasi misteri mengikut jenama tertentu dengan harga edisi terhad yang boleh mencecah ratusan ringgit. Seorang ibu, Roslina Alias, 36, berkata, anak perempuannya yang berusia sembilan tahun terpengaruh dengan trend kotak misteri itu selepas menonton……














