fbpx
Faiq didakwa jadi mangsa sindiket penipuan kerja di Jepun.

Faiq jadi mangsa tipu rakan sekampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Muhammad Faiq Zafran Mohd. Jailani, 24, yang kini dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Rendah Toyama, Jepun atas pertuduhan penipuan harta disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan.

Sepupunya, Puteri Yuslinamaisarah Megat Yahya, 22, mendakwa, Faiq terpengaruh dengan tawaran pekerjaan bergaji lumayan di Jepun oleh sindiket penipuan tersebut.

“Bapa saudara saya, Mohd. Jailani Ambak, 52, memberitahu anaknya, Faiq memaklumkan sebelum penahanan, dia telah ditawarkan pekerjaan tersebut oleh salah rakan sekampung dikenalinya.

“Faiq yang berniat mahu membantu keluarga telah menerima tawaran kerja tersebut tanpa menyangka dan sedar dia sebenarnya telah terperdaya sehingga ditahan pihak berkuasa Jepun,” dakwanya ketika dihubungi.

Semalam Kosmo! melaporkan Faiq berasal dari Manir di sini yang ditahan di Jepun sejak November tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas tiga kesalahan menipu oleh Mahkamah Rendah Toyama.

Hukuman penjara terhadap graduan politeknik tersebut bermula dari tarikh penahanan remannya pada 18 November lalu.

Keluarga Muhammad Faiq Zafran menerusi peguam lantikan, Datuk Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin akan membuat rayuan berhubung hukuman demikian.

Puteri Yuslinamaisarah mendakwa, hubungan dia dan Faiq bagaikan adik-beradik dan pernah melanjutkan pelajaran bersama di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

Graduan Diploma Pengurusan Pelancongan tersebut berkata, Faiq mempunyai budi pekerti baik.

“Faiq amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Namun dia mudah percaya orang dan tidak pandai bersangka buruk.

“Saya percaya niat sebenar dia cuma mahu mencari rezeki di Jepun, bukan melakukan jenayah seperti didakwa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN