fbpx
Sistem BDR akan mengekang skandal office wife-husband yang terjalin antara pekerja. – Gambar ai

Luahan pembaca: BDR kekang skandal ‘office wife-husband’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini Bahagian Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perak ada mengeluarkan garis panduan adab pergaulan di tempat kerja bagi mengatasi fenomena office wife-husband yang mungkin berlaku di pejabat.

Antara nasihat menjaga adab ikhtilat dan pergaulan di tempat kerja yang diberikan termasuk elak berdua-duaan di tempat tertutup dan tidak menggunakan nada suara manja yang boleh menggoda.

Golongan ini memang suka ke pejabat kerana boleh menjalinkan hubungan terlarang tanpa syak wasangka daripada pasangan masing-masing.

Saya pasti, mereka ini antara pihak yang enggan mengambil kaedah bekerja dari rumah (BDR) sekiranya ditawarkan. Jika berbuat demikian, alamat tidak dapatlah bertemu dengan kekasih hati.

Satu pesanan yang dititipkan di dalam risalah ringkas itu ialah perbuatan songsang itu boleh mencetuskan fitnah dan tohmahan orang lain.

Lebih teruk lagi jika perbuatan itu tergelincir ke kancah maksiat, zina dan kemerosotan sifat mawaddah serta kasih sayang dalam keluarga.

Bagi mereka yang ingin cuba-cuba dengan fenomena ini, adalah lebih baik berhenti dan buatlah aktiviti lain supaya boleh melupakan hasrat itu.

Ia hanya keseronokan sementara dan jika terbongkar bukan sahaja kena buang kerja, rumah tangga pun hancur.

Gembira BDR,
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN