APABILA memikirkan tentang penipuan, kita sering membayangkan dalang-dalang yang beroperasi dari jauh, sindiket tanpa wajah yang mengatur jenayah rentas sempadan. Namun tersembunyi di hadapan mata, terdapat satu komponen penting yang tanpanya penipuan ini ia tidak akan berjaya iaitu akaun keldai. Ini merujuk kepada individu yang akaun bank mereka digunakan untuk menerima, memindahkan dan menyembunyikan wang haram. Mereka bukan perancang utama jenayah tetapi amat penting kepada keberhasilan operasi tersebut. Tanpa mereka, sindiket penipuan akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan wang dengan cepat,……














