DALAM dunia fesyen yang sentiasa berevolusi, gabungan dua identiti berbeza sering menjadi nadi kepada penciptaan yang segar dan berani. Itulah yang diterjemahkan oleh pereka muda, Ummi Azizah Mohammad Suhainin, 26, menerusi koleksi terbaharu yang berteraskan konsep dualiti iaitu pertembungan antara elemen ancestral dan gothic. Menurutnya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, koleksi ini bukan sekadar eksperimen gaya tetapi satu naratif visual yang menyeimbangkan kelembutan tradisi dengan kekuatan emosi yang gelap dan dramatik. Dalam tafsiran Ummi Azizah, kimono melambangkan warisan budaya……














