fbpx
Himpunan Tangkap Azam Baki yang berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, petang ini.

Letupan mercun cetus panik di Himpunan Tangkap Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini berlangsung dalam suasana terkawal meskipun berlaku insiden bunyi letupan dipercayai mercun yang mencetuskan sedikit kekecohan, hari ini.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati peserta mula berkumpul sejak pagi dengan beberapa individu menyampaikan ucapan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebagai pentas bergerak.

Ketika himpunan berlangsung, bunyi letupan kuat mengejutkan orang ramai, namun keadaan kembali reda apabila anggota polis yang bertugas segera mengawal situasi.

Dalam perkembangan sama, aliran trafik di sekitar kawasan berkenaan dilaporkan bergerak perlahan berikutan kehadiran peserta yang memenuhi sebahagian lorong jalan.

Peserta himpunan dilihat berkumpul di lorong kanan sebelum difahamkan akan berarak menuju ke Dataran Merdeka petang ini.

Terdahulu, suasana himpunan turut disemarakkan dengan laungan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bangkit Rakyat’ yang bergema di sekitar kawasan berhampiran pusat beli-belah Sogo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN