fbpx
Hannah bersama penduduk setempat Rumah Panjang Bukit Kiara, Segambut.

Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara terima rawatan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Inisiatif penganjuran kem perubatan percuma di Rumah Panjang Bukit Kiara, Segambut memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dalam mendapatkan saringan kesihatan awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, program tersebut dianjurkan khas bagi memastikan komuniti di kawasan berkenaan tidak terlepas peluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan pemeriksaan disediakan termasuk ujian darah, ultrasound, spirometri dan ECHO.

“Terima kasih kepada Gomez Medical Services atas inisiatif ini dalam menyediakan saringan awal kesihatan, sekali gus membolehkan langkah susulan yang sewajarnya diambil lebih awal,” katanya di sini hari ini.

Katanya, usaha seperti ini amat penting dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan selain membantu mengesan sebarang masalah lebih awal sebelum menjadi serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN