fbpx
DANISH memiliki pengalaman, namun perlu mengeluarkan segala kemahiran yang dimiliki untuk mencipta kejutan di Jerez pada aksi GP Sepanyol kali ini. - FB ZK RACING

Moto3: Pengalaman sahaja tidak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CABARAN besar menanti pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli di Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez hari ini, namun pengalaman di trek berkenaan menjadi sandaran untuk menyaksikan pelumba muda negara itu untuk bersaing dalam kelompok hadapan.

Bagaimanapun, pengurus Pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin menegaskan, biarpun memiliki pengalaman, Litar Jerez kekal memberi cabaran besar buat Hakim Danish memandangkan kebanyakan pelumba sudah cukup mengenali susun atur trek tersebut.

“Litar Jerez akan menjadi litar yang mencabar buat Hakim Danish dan pelumba lain kerana kebanyakan mereka telah menjalani latihan di sini dan cukup fasih dengan susun atur litar tersebut.

“Saya yakin cabaran buat Hakim Danish lebih besar, apatah lagi sesi pramusim pada Februari lalu tidak berjalan lancar akibat kemalangan dan beberapa faktor lain.

“Namun, pengalaman tiga perlumbaan yang dilaluinya musim ini sedikit sebanyak memberi keyakinan dan saya berharap Danish mampu kekal kompetitif,” katanya.

Zulfahmi turut menjelaskan pasukan sudah menetapkan sasaran tertentu bagi menghadapi pusingan keempat itu apabila mahu memastikan pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa pusingan yang kompetitif sejak sesi awal.

“Kami juga telah menetapkan sasaran khusus yang perlu dicapai bagi memulakan perlumbaan minggu ini. Secara jujurnya, saya yakin dengan kemampuan Danish, cara tunggangannya serta rekodnya di Litar Jerez.

“Justeru, saya berharap kami dapat mencatat masa pusingan yang kompetitif dan berada dalam kelompok hadapan pada perlumbaan nanti,” katanya.

Untuk rekod, Hakim Danish kini berada di kedudukan ke-14 keseluruhan selepas mengumpul sembilan mata daripada tiga perlumbaan setakat ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN