fbpx
ANWAR Anwar disambut oleh para pelajar ketika hadir sempena Majlis Sesi Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di Dewan Temenggong, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

‘Anak muda mesti faham fakta, jangan hanya bergantung maklumat singkat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan muda agar memahami realiti geopolitik semasa sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan krisis global yang semakin mencabar seperti konflik antarabangsa, kenaikan harga minyak serta gangguan rantaian bekalan.

Katanya, situasi seperti ini menuntut rakyat khususnya generasi muda untuk lebih peka dan berpengetahuan, agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang tersebar di media sosial.

“Anak-anak muda mesti faham fakta dan realiti semasa. Jangan hanya bergantung kepada maklumat singkat tanpa penelitian, sebaliknya dalami isu termasuk geopolitik kerana ia memberi kesan langsung kepada negara,” katanya ketika berucap dalam Sesi Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG), Temenggong Ibrahim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, konflik melibatkan kuasa besar dunia turut memberi kesan kepada harga komoditi termasuk minyak dan gas yang akhirnya memberi tekanan kepada ekonomi negara sekali gus menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

“Walaupun harga minyak dunia meningkat, kerajaan masih mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter demi menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara perlu memiliki kematangan, ilmu serta nilai akhlak yang tinggi, bukan sekadar pandai mengkritik tanpa asas kukuh.

Menurutnya, sikap terlalu cepat menghukum atau membuat kesimpulan hanya berdasarkan maklumat singkat di platform digital adalah tidak sihat dan boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

“Ini bukan tanda kematangan atau keilmuan. Kita mahu generasi yang berfikir, meneliti dan mempunyai adab dalam berbeza pandangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN