WASHINGTON – Hanya seorang individu diluluskan untuk program visa ‘kad emas’ Presiden Donald Trump setakat ini, kata Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick semalam, merujuk kepada kad pemastautin AS$1 juta (RM3.9 juta) yang diperkenalkan tahun lepas.
Trump menandatangani perintah pada September lalu untuk mewujudkan program yang menawarkan pemastautinan dengan bayaran AS$1 juta. Program itu mula menerima permohonan Disember 2025.
Pegawai AS baru-baru ini meluluskan seorang individu, kata Lutnick kepada jawatankuasa Dewan AS semalam.
“Dan terdapat beratus-ratus lagi dalam senarai menunggu yang sedang melalui proses tersebut,” tambahnya.
Pemohon perlu membayar yuran pemprosesan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebanyak AS$15,000(59,512) dan Lutnick berkata, pemohon akan melalui ‘pemeriksaan dan saringan paling ketat’.
Program pemastautinan ‘kad emas’ itu mengenakan yuran AS$1 juta untuk individu dan AS$2 juta (RM7.9 juta) untuk penajaan oleh syarikat korporat. – AFP














