fbpx
AARON Chia dan Soh Wooi Yik kekal menjadi harapan untuk menyumbang mata buat skuad negara.

Skuad Piala Thomas buru permulaan sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD badminton lelaki kebangsaan berharap untuk memulakan saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dengan langkah kanan menjelang aksi sulung Kumpulan B menentang England yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Kemenangan pertama pastinya sangat penting buat pasukan negara bagi mendapat suntikan semangat sebelum mengharungi dua perlawanan seterusnya menentang Finland dan juara edisi 2014, Jepun.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen menjelaskan, barisan pemain negara berada dalam kondisi cukup baik bagi memulakan cabaran selepas menjalani kem latihan pusat selama seminggu di Herning.

Kata beliau, tidak kira berapakah mata bakal dikutip pada perlawanan menentang England nanti, Malaysia perlu memulakan kempen Piala Thomas itu dengan langkah kanan bagi menaikkan moral pasukan.

“Kem latihan selama seminggu sebelum ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sekarang semua orang dalam pasukan sudah bersedia untuk memulakan kempen Piala Thomas dengan menentang England.

“Saya bukanlah orang yang suka bercakap mengenai keputusan sebelum perlawanan berlangsung tetapi apa yang pasti, kami akan fokus dan tampilkan aksi terbaik untuk menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pada edisi kali ini, Malaysia menggalas misi cukup besar apabila meletakkan sasaran untuk menamatkan kejuaraan selama 34 tahun selepas kali terakhir memenangi Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky turut mengharapkan semua pemain negara memberikan sepenuh fokus selain turun dengan semangat tinggi dalam setiap perlawanan.

Bagi saingan Piala Uber, skuad wanita negara juga bakal memulakan cabaran mereka hari ini di mana mereka akan berdepan Turkiye untuk perlawanan pertama Kumpulan B sebelum aksi menentang Afrika Selatan dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN