fbpx
Azam ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara SPRM dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) di Bandar Enstek, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

[VIDEO] SPRM giat dapatkan dokumen perbankan kes seleweng RM230 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mendapatkan dokumen perbankan bagi membantu siasatan kes penyelewengan berjumlah RM230 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya telah mengenal pasti petunjuk awal salah guna dana apabila wang sumbangan dipercayai dimasukkan ke dalam akaun peribadi sebelum digunakan untuk pembelian aset.

“Proses mendapatkan rekod bank ini mengambil masa, paling cepat sekitar seminggu. Siasatan tidak terhad kepada tahun 2025 dan 2026 sahaja, tetapi turut melibatkan rekod seawal 2018. Jadi, ia memerlukan sedikit masa. Namun, saya jangka pihak bank akan menyerahkan dokumen dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara SPRM dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) di Bandar Enstek, hari ini.

Azam turut menegaskan semua pihak yang mempunyai kaitan, termasuk penerima dana, akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan isu salah guna dana sumbangan awam oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan masalah berulang, khususnya apabila kutipan dibuat atas nama kebajikan atau agama disebabkan tiada undang-undang khusus dalam memantau aliran dana kumpulan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan seorang timbalan pengerusi sebuah NGO antara tiga individu yang ditahan SPRM kerana disyaki menyeleweng dana zakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN