JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.8 juta dengan tertangkapnya empat suspek termasuklah ketua sindiket dan kekasihnya dalam serbuan, Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, serbuan dilakukan kira-kira 12.30 pagi itu, oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sebuah rumah di kawasan Aliff Height, Residensi Mutiara Indah dengan rampasan 12.95 kilogram dadah pelbagai jenis.
Katanya, polis berjaya menahan suspek tiga lelaki tempatan dan seorang wanita berusia 21 hingga 24 tahun dengan modus operandi menjadikan apartmen sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket berkenaan telah aktif sejak Januari lalu dan kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 43,726 penagih dadah.
“Bekalan dadah dirampas dipercayai diperolehi dari luar dari Johor dan dijual secara langsung kepada penagih atau di pusat hiburan serta tidak dijual secara dalam talian. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah dan direman bermula 20 hingga 26 April,” katanya.
Tambahnya tindakan penyitaan turut dilakukan melibatkan sebuah Honda Jazz, sebuah kereta BMW, – KOSMO! ONLINE













