fbpx
KPDN Perak merampas 24,060 kg minyak masak jenis botol yang disimpan melebihi had di sebuah premis kilang memproses dan membungkus makanan di Ipoh semalam. - Foto IHSAN KPDN PERAK

KPDN Perak sita 24,060 kg minyak masak di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebanyak 24,060 kilogram (kg) minyak masak jenis botol telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di sebuah kilang memproses dan membungkus makanan di sini menerusi Ops Tiris 4.0 semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pada pukul 12 tengah hari, pemeriksaan di premis mendapati telah memiliki barang kawalan iaitu minyak masak botol 5kg dalam simpanannya.

“Hasil maklumbalas notis itu, premis hanya mempunyai permit menyimpan barang kawalan dan memiliki bekalan semasa minyak masak sebanyak 24,060 kg. Semakan lanjut dibuat mendapati jumlah tersebut telah melebihi had kuantiti sebanyak 1,000 kg yang dibenarkan.

“Dokumen-dokumen berkaitan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM153,660 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN