fbpx
SEORANG lelaki meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 21, Jalan Tapah-Cameron Highlands, Jalan Pahang di Tapah pada pukul 8.43 malam semalam. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Seorang maut, 5 cedera Perodua Aruz terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang lelaki berumur 44 tahun meninggal dunia selepas kereta Perodua Aruz yang dipandunya gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter dalam nahas di Batu 21, Jalan Tapah-Cameron Highlands, Jalan Pahang di Tapah pada pukul 8.43 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, terdapat enam orang mangsa dan setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati kereta tersebut telah dalam keadaan terbalik.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berumur 48 tahun sementara yang cedera pula seorang wanita berumur 48 tahun, dua remaja perempuan masing-masing berumur 19 dan 17 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun,” katanya di sini, hari ini.

Sabarodzi berkata, bomba dimaklumkan kesemua mangsa dalam perjalanan ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur bagi menziarahi ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

“Kelima-lima mangsa yang cedera telah dikeluarkan orang awam dan dikejarkan ke hospital terdekat menggunakan ambulans sementara pemandu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pegawai kesihatan dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN