fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran di rumah kebajikan kucing di Simpang Pulai, Ipoh petang tadi. Foto IHSAN JBPM

Pusat kebajikan haiwan terbakar, 10 kucing mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR

IPOH – Kebakaran sebuah pusat perlindungan haiwan di Simpang Pulai di sini petang tadi menyebabkan 10 ekor kucing mati dalam kejadian berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.19 petang tadi.

Katanya, kebakaran itu membabitkan sebuah rumah kebajikan kucing iaitu Ipoh Society For The Prevention Of Cruelty To Animals.
“Anggaran jumlah kucing adalah 50 ekor manakala yang mati 10 ekor. Ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO.

“Anggota bomba membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hos 91 meter dua pancutan, air tangki jentera dan air terbuka sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, operasi terkawal pada pukul 6.04 petang dan tamat sepenuhnya 7 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN