fbpx
Tangkap layar seorang penunggang motosikal yang didakwa menumbuk cermin sisi beberapa buah kenderaan tanpa sebab.

Jaga-jaga lelaki tumbuk cermin sisi tanpa sebab di LDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal menumbuk cermin sisi kenderaan lain ketika jalan sesak mengundang kecaman ramai.

Menurut perkongsian pengguna Thread, Udin Roslan, lelaki tersebut dilihat menumbuk cermin sisi kenderaan lain sehingga patah tanpa sebab.

Katanya, lelaki tersebut melalukan perkara itu terhadap tiga ke empat buah kenderaan yang sedang melalui Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dari IOI Puchong menghala Sunway.

“Kejadian pukul 9.15 pagi lebih kurang, jalan highway LDP dari IOI Puchong menuju ke Sunway, tumbuk cermin sisi kereta orang smpai patah tanpa sebab.

“Kepada 3 ke 4 kereta tadi yang jadi mangsa dan nampak post ni, ada dashcam boleh buat laporan polis, aku dapat rakam ni saja minta maaf sangat-sangat,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki itu selain ada yang mendakwa pernah melihat penunggang tersebut melalukan perkara sama.

“Hai, saya pun pernah nampak dia ni buat benda sama. Waktu tu memang saya belakang motor dia,” kata Athirah.

“Menyampah pagi-pagi lalu sini, mereka nak hon-hon padahal jauh lagi. Kereta dah bagi signal dan dah selit nak tukar lorong, boleh sabar kot,” kata Nur Farhah.

“Apa lagi, angkut. Ingat tak guna duit ke baiki. Buang masa,tenaga , duit,” kata Fatin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN