PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ni.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Johor adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Samarahan (Simunjan), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
Bagi Sabah, cuaca bergolak membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Tawau (Semporna).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














