fbpx
BEBERAPA insiden panas berlaku sepanjang aksi antara JDT dan Al-Ahli menyebabkan AFC bertindak mengenakan denda. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

AFC denda JDT, Al-Ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melunaskan denda sebanyak hampir RM30,000 kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ekoran insiden yang berlaku pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Elit (ACLE) menentang Al-Ahli, baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat AFC selepas mendapat Harimau Selatan didapati bersalah mengikut peruntukan Artikel 53 Kod Disiplin dan Etika AFC dan diarahkan membayar denda USD7,000 (RM27695.50)

“Johor Darul Ta’zim FC (MAS) diperintah membayar denda USD7,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Tatatertib AFC Elit Liga Juara-Juara AFC 2025/26,” menurut keputusan yang dikeluarkan oleh AFC.

Berdasarkan huraian kesalahan, AFC mendapati seramai tujuh pemain JDT telah dikenakan tindakan oleh pengadil sepanjang perlawanan berlangsung.

Denda itu perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dimaklumkan, selaras dengan Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Dalam keputusan sama, Al-Ahli yang layak ke final musim ini turut dikenakan denda dengan jumlah yang sama, iaitu USD3,500 (RM13,847.75) membabitkan kesalahan Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Tatatertib AFC Elit Liga Juara-Juara AFC 2025/26 dan USD3,500 lagi bagi kesalahan Artikel 15.2 Manual Operasi Pertandingan AFC kerana melengah-lengahkan perlawanan.

Sementara itu, pemain Al-Ahli, Ali Majrashi dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan dan denda USD2,000 (RM7,913) atas kesalahan kerana dibuang padang oleh pengadil kerana kesalahan serius mengikut Artikel 47 Kod Tatatertib dan Etika AFC

Terdahulu, Al-Ahli berjaya menyekat kemaraan JDT apabila menang 2-1 dan perlawanan itu menyaksikan berlaku insiden luar jangka apabila pemain Harimau Selatan, Jairo Da Silva terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terkena sepakan Majrashi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN