fbpx
MOHD. Shokri (kanan) melihat orang awam mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi, Padang Besar hari ini.

Task force polis pantau stesen minyak, tiada tangkapan direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Polis melancarkan pasukan petugas khas (task force) bagi memantau lapan stesen minyak di sekitar Padang Besar dalam usaha mengekang penyalahgunaan petrol dan diesel bersubsidi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi Op Tiris 4.0 yang bermula 15 April lalu atas arahan Bukit Aman.

Katanya, setakat ini operasi masih di peringkat awal dan pematuhan di semua stesen minyak adalah terkawal.
“Bagi lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘hot spot’, anggota ditempatkan secara statik mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Bukit Aman.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan direkodkan sepanjang tempoh awal pelaksanaan operasi ini,” katanya kepada pemberita di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 11 stesen minyak di sini, hanya lapan terlibat dalam pemantauan selepas mengambil kira sebuah stesen tanpa subsidi serta dua stesen yang tidak beroperasi.

“Pemantauan tidak tertumpu kepada satu stesen sahaja, sebaliknya melibatkan rondaan menyeluruh ke semua stesen minyak di daerah Padang Besar. Kita turut menggunakan elemen kereta peronda, trafik serta menubuhkan task force bagi memantau sebarang aktiviti penyalahgunaan bahan api bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN