fbpx
Anwar ketika menerima kunjungan hormat Putera Sheikh Joaan hari ini.

PMX terima kunjungan Presiden OCA, bincang agenda sukan di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Asia (OCA), Putera Sheikh Joaan Hamad Al Thani dalam satu pertemuan penuh bermakna hari ini.

Kunjungan itu turut disertai delegasi dari Qatar serta wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi membincangkan hala tuju pembangunan sukan negara dan rantau Asia.

Menurut Anwar, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha dan inisiatif MOM dalam memperkukuh Gerakan Olimpik di Malaysia agar terus selari dengan kerangka kerjasama strategik bersama OCA.

“Pertemuan ini membuka ruang kepada kerjasama lebih erat dalam memperkasa pembangunan sukan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena sukan antarabangsa,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, perancangan jangka panjang turut disentuh termasuk penganjuran Sukan Pantai, Sukan Belia dan Sukan Asia bagi tahun 2029.

Jelasnya, segala persiapan dan hala tuju akan dirangka secara kolektif bersama negara-negara anggota di bawah naungan OCA bagi memastikan penganjuran temasya sukan berprestij itu berjalan lancar.

“Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memastikan negara tuan rumah dapat melaksanakan penganjuran dengan jayanya,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh ekosistem sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN