fbpx
Tujuh lelaki dari Taiwan ditahan ketika cuba menyusup masuk ke negara ini secara haram di Kampung Kubang Tiga, Chuping semalam.

Seludup siang hari, 7 lelaki ditahan bersama 76 iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Tujuh lelaki Taiwan ditahan ketika cuba menyusup masuk ke negara ini menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Kampung Kubang Tiga di Chuping, dekat sini semalam.

Dalam tangkapan Ops Pintas Kayang kira-kira pukul 12 tengah hari itu, sebanyak 76 telefon bimbit jenis iPhone pelbagai model turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, penahanan dibuat hasil maklumat risikan dan operasi terancang yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

“Seramai tujuh lelaki warga asing berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar Kampung Kubang Tiga.

“Pemeriksaan awal mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai masuk ke negara ini secara haram melalui sempadan darat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas sebuah beg mengandungi 76 telefon bimbit jenis iPhone pelbagai model serta sebuah komputer riba.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin itu kini direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN