fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Izzatkml di laman Threads.

Terkejut saman parkir lebih RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial satu hantaran memaparkan jumlah kompaun saman parkir yang mencecah sehingga RM20,710.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @Izzatkml, dia memaparkan tangkap layar aplikasi pembayaran kompaun MBPJ dengan jumlah keseluruhan yang agak luar biasa, sekali gus menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, individu berkenaan menjelaskan jumlah kompaun tersebut bukan miliknya, sebaliknya dia hanya membantu menyemak saman kenderaan lain yang diletakkan di hadapannya.

“Tenang semua. Bukan kereta saya. Saya hanya semak kereta yang parkir depan mata saya,” jelasnya dalam ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat jumlah kompaun tersebut.

Seorang pengguna, @Yunraa berkata, jumlah saman tertingginya setakat ini hanyalah sekitar RM1,000 dan biasanya dia akan menunggu tempoh diskaun untuk membuat bayaran.

“Astaghfirullah, jumlah paling tinggi saya pernah dapat pun sekitar RM1,000. Selepas itu saya tunggu bulan Oktober untuk dapatkan diskaun,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Wanshafiqzam pula mempersoalkan jumlah tersebut dengan menyifatkan ia sudah menyamai nilai gaji.

“Ini saman atau gaji?” soalnya ringkas.

Sementara itu, @Mimieylyaaa berkongsi pengalaman berdepan situasi sama apabila sering menerima saman akibat kekurangan tempat letak kereta berhampiran tempat kerja.

“Jumlah saya mungkin kurang RM10,000 daripada ini. Pejabat saya depan MRT, parkir sangat terhad. Walaupun ada parkir berbayar, jumlahnya tidak mencukupi.

“Akhirnya terpaksa parkir di tepi jalan bersama pelanggan dan staf lain sehingga kerap disaman. Sampai satu tahap, saya hanya mampu reda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN