fbpx
Sebahagian daripada 64 biri-biri dan kambing yang cuba dipindahkan secara haram di KM323.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di Tapah semalam.

JPV Perak patah cubaan pindah 64 biri-biri, kambing secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mematahkan cubaan memindahkan 37 ekor biri-biri hidup dan 27 ekor kambing secara haram di Tapah menerusi pelaksanaan Ops Korban Tegas 2026 semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Saifullizam Abd. Kadir berkata, operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa JPV Perak dalam usaha memperkukuh kawalan pergerakan ternakan menjelang musim perayaan.

Menurut beliau, pasukan penguat kuasanya berjaya menahan sebuah kenderaan pada kira-kira pukul 11 pagi di tepi jalan Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran Kilometer (KM) 323.9 di Tapah.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan yang sah.

“Modus operandi mereke ialah dengan menutup keseluruhan bahagian belakang kenderaan menggunakan kanvas bagi mengaburi pihak penguat kuasa juga tidak berjaya,” katanya di sini hari ini.

Saifullizam berkata, pada peringkat awal, pemilik ternakan enggan memberikan kerjasama, namun selepas menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan, dia akhirnya akur.

Tambahnya, kesemua haiwan yang cuba dipindahkan itu dipercayai berasal dari Kelantan dan dalam perjalanan ke satu lokasi di Selangor.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

“Ternakan berkenaan dipercayai untuk dijadikan stok korban dan dianggarkan bernilai RM30,000, manakala lori yang digunakan pula bernilai RM80,000 menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM110,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN