fbpx
JIM mengesahkan berjaya menahan kembali banduan di Jalan Gombak Lama, semalam. Foto JIM

Siang sembunyi dalam hutan, malam menyusup tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik licik seorang banduan yang bersembunyi di hutan pada siang hari sebelum menyusup masuk ke tapak pembinaan pada waktu malam akhirnya terbongkar apabila diberkas pihak berkuasa, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, sepanjang tempoh melarikan diri, suspek dipercayai berlindung di kawasan hutan berhampiran sebelum kembali ke tapak pembinaan pada waktu malam.

Menurutnya, suspek turut menggunakan pakaian yang diambil dari kawasan pembinaan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
“Hasil semakan mendapati suspek tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 Januari 2025 dengan Pas Lawatan Sosial selama 30 hari.

“Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat JIM hasil risikan selama enam hari serta perkongsian maklumat daripada Kedutaan Pakistan,” katanya dalam satu kenyataan hari ni.

Beliau berkata, pengecaman oleh wakil Kedutaan Pakistan turut mengesahkan lelaki itu mengaku sebagai individu yang melarikan diri daripada tahanan polis pada 9 April lalu.

“Suspek dikesan di Kilometer 24, Batu 14, Jalan Gombak Lama sebelum cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan pasukan operasi. Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek kini ditahan di Depot Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis berjaya memberkas seorang lelaki warga Pakistan dikenali Muhammad Hassan,24, yang dipercayai suspek meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh dalam operasi di Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilapor berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN