SAUDARA PENGARANG, Ramai pekerja swasta ketika ini memandang dengan penuh harapan kepada langkah bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan dalam sektor awam. Bagi kami pekerja swasta, fleksibiliti BDR bukan sekadar kemudahan, tetapi satu keperluan untuk menyesuaikan diri dengan realiti semasa. Jika kerajaan mengambil langkah penjimatan dengan mengurangkan kos operasi melalui pelaksanaan BDR, syarikat swasta juga boleh memulakan usaha yang sama. Banyak kos seperti elektrik, air serta kemudahan harian boleh dikurangkan, malah dalam jangka panjang, penjimatan ini mampu membantu syarikat bertahan……














