Di pentas global, ketidaktentuan harga tenaga merupakan isu sejagat yang mencabar kedaulatan ekonomi setiap negara. Bagi Malaysia yang mempunyai keunikan sebagai negara pengeksport bersih petroleum, lonjakan harga minyak dunia melepasi paras AS$76 (RM300) hingga AS$100 (RM395) setong mewujudkan satu dilema besar. Persoalan fundamental yang timbul ialah adakah keuntungan tambahan negara harus disimpan sepenuhnya dalam rizab atau ia wajib dipulangkan sebagai perisai kepada rakyat yang sedang dihimpit kos sara hidup. Kebijaksanaan mengimbangi antara simpanan masa depan dan keperluan mendesak hari ini……













