fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan kawasan rumah di Kampung Bahagia, Sandakan yang musnah akibat kebakaran awal pagi tadi.

Lorong sempit, kawasan padat antara cabaran padam kebakaran 200 rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANDAKAN – Laluan sempit dan kedudukan rumah yang terlalu rapat menjadi antara cabaran pihak bomba dalam usaha memadam kebakaran besar yang memusnahkan 200 rumah di perkampungan atas air Kampung Bahagia, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, api dikatakan merebak pantas dengan sebahagian besar kawasan penempatan tersebut musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.32 pagi dan seramai 30 anggota termasuk dari BBP Kinabatangan dikejarkan ke lokasi selain Sabah Electricity Sdn. Bhd., Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis bagi mengawal kebakaran.

“Kebakaran melibatkan 200 rumah atas air yang musnah 100 peratus. Pasukan bomba berdepan kesukaran berikutan keadaan jalan sempit yang menghalang jentera untuk sampai ke lokasi.

“Keadaan air laut yang surut juga menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air dan seain faktor angin kencang dan kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki dan pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam api. Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular beberapa video rakaman dari udara memaparkan api marak dengan pantas sehingga menyebabkan sebahagian besar penempatan tersebut musnah dalam kebakaran. Beberapa video lain turut memaparkan keadaan rumah yang musnah setelah api dipadamkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN