fbpx
IRAN kembali menutup Selat Hormuz. –  Gambar Hiasan AI

Iran tutup semula Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Tentera Iran mengisytiharkan Selat Hormuz ditutup semula hari ini, beberapa jam selepas ia  dibuka dan dilalui lebih 12 kapal komersial.

Tindakan mengelirukan berhubung selat itu menimbulkan keraguan terhadap pendirian optimis  Presiden Donald Trump pada hari sebelumnya, bahawa perjanjian damai untuk menamatkan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel menentang Iran adalah ‘sangat hampir’.

Tehran mengisytiharkan Selat Hormuz yang menjadi laluan satu perlima bekalan minyak dunia dan gas asli cecair, dibuka semalam selepas gencatan senjata dicapai di Lubnan untuk menghentikan perang Israel dengan kumpulan Hezbollah.

Gencatan senjata itu mencetuskan kegembiraan di pasaran global dan mendorong harga minyak menjunam, tetapi Trump kemudian berkeras sekatan tentera laut AS ke atas pelabuhan Iran akan diteruskan sehingga perjanjian damai dimuktamadkan.

Tehran kemudian mengancam menutup selat itu sekali lagi.

Kemudian hari ini, kerajaan Iran menyatakan,kawalan Selat Hormuz telah kembali kepada status sebelumnya dan ‘berada di bawah pengurusan serta kawalan ketat angkatan tentera’, menyalahkan sekatan berterusan oleh AS.

Pengumuman itu dibuat ketika laman penjejakan maritim menunjukkan beberapa kapal bergerak pantas melalui laluan air sempit itu, berhampiran wilayah Iran seperti yang diarahkan oleh Tehran dengan sesetengahnya mengisytiharkan identiti sebagai kapal India atau China.

Lewat semalam menyaksikan sebilangan  kapal yang menuju ke Selat Hormuz tiba-tiba berpatah balik ekoran sekatan Amerika. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN